Bersyukurlah masih ada yang bersama denganmu,
bersyukurlah masih ada yang menemanimu
walau bukan menjadi teman untuk kau ke sana dan ke mari,
bersyukurlah mereka masih ada didepan matamu..
walau mereka tidak menghiraukan kehadiranmu
walau mereka menggunakan kau disaat yang perlu,
biarkan masa yang mengubati hatimu...
mungkinkah itu cuma perasaan yang bertandang?
kan syaitan selalu membisikkan kejahatan?
mungkin itu cuma andaian buruk agar kau menentang?
kan syaitan suka memporak perandakan?
aku ingin ada mereka yang mengisi kekosongan,
mungkin aku ditakdirkan untuk bersendirian,
jauh dari seseorang yang bernama teman,
bukan mengharapkan yang lelaki untuk meneman,
tapi cukup ada seorang yang boleh berkongsi suka dan duka perasaan..
aku selalu menerima kekecewaan,
bukan hanya satu pengalaman,
tapi lebih dari jangkaan,
apa memang ditakdirkan sedemikian?
dulu,
aku punya teman,
namun kini aku keseorangan,
tidak mahu mencari lelaki sebagai tempat aduan,
tiada istilah kawan bersama lelaki yang bertebaran..
jika aku mahu,
aku boleh mencari sesiapa yang sudi untukku,
hati mengatakan ada,
namun ilmu mengatasi segala-galanya,
aku tahu batasan menjaga diri,
agar tidak terjebak ke landasan merosakkan hati..
hatiku ingin kuisi untuk ilahi,
amalku ingin ku lakukan kerana ilahi,
diriku ingin kuserah pada ilahi..
Ya ALLAH pimpinlah hati ini..
moga ketenangan dapat terisi..

:)..la tahzan
ReplyDeleteingaaat..jangan pernah berputus asa..
kekalkan dalam landasannya..allah ma'aki..