HASIL TULISAN

My photo
Sirih dilipat sisirih pinang, Sirih pekung Pulau Mutiara, Pemanis ngomong selamat datang, Dimulai bismillah pemula ngomong.

20111217

Kerana ukhuwwah yang terbina


WE ARE UNITED ALONG THIS WAY

Aku dapat lihat suasana itu,
inilah dikatakan tautan hatiku,
tenang melihat keadaan yang berlaku,
menang atau kalah bukanlah menjadi teraju,
tetapi kefahaman dalam menghayati nafas ukhuwwah saudaramu...

Lelaki dan wanita,
bergandingan dalam mencapai matlamat utama,
walau tidak berbicara dengan mesra,
dengan batasan syariatNya,
bukan dengan bertepuk tampar bersama,
tapi dengan kefahaman akhlaq islam itulah caranya.

Pengertian cuba diselami,
walau terkadang keliru dengan perancangan ilahi,
cuba dengan mengikut acuan islami,
andai silap diri sendiri,
istighfar itu perlu dihayati,
bukan hanya dibibir ianya disebuti,
penjamkan mata sambil kau hayati dengan hati..

UHIBBUKUM FILLAH
17 Disember 2011  ||  22 Muharram 1433H

No comments:

Post a Comment