HASIL TULISAN

My photo
Sirih dilipat sisirih pinang, Sirih pekung Pulau Mutiara, Pemanis ngomong selamat datang, Dimulai bismillah pemula ngomong.

20111231

Be more patient


Anyway,this is DENA BAHRIN.She's pretty.I like her.Hye dena.Say hye to everyone..

aku melihat mereka,
alhamdulillah,aku pernah merasa kebahagiaan yang ALLAH campakkan,
menjadi seorang yang berfikiran optimis tidak mudah,
bila anda terbiasa dengan sikap mendahului orang lain dari diri sendiri,
kadang-kadang tertanya-tanya,
apa aku sendiri yang berperasaan ni,
orang lain bersusah payah untuk kecapi kegembiraan sendiri.
aku perlu cuba belajar bersyukur dengan apa yang ada!!!
belajar bersyukur dengan cara yang terbaik..
inshaallah aku boleh!
ALLAHkan ada..
learn to be patient,
not just patient but..
be more patient..

Ingin menjauh


Membenci sikap itu lebih baik dari membenci orang yang bersikap.
kadang-kadang perasaan manusia selalu terbawa-bawa.
cuba untuk berbaik sangka..
susahnya..
masing-masing tunjuk ego.

aku terasa pada orang yang memang tak reti nak menyelesaikan keadaan,
buat apa aku nak dekat dengan orang yang still dengan betul diri dia,
aku ingin menjauh dari mereka,
tapi perkara tu takkan selesai.
aku bukan jenis yang nak directly talk straight to the point,
aku usaha nak bgtahu,
mungkin aku kurang sabar.
kurang sabar untuk berhadapan orang seperti mereka,
tapi sampai bila nak faham sendiri kalau takda orang nak fahamkan.


20111220

Setia bersama yang ESA


RUGILAH BAGI MEREKA YANG TIDAK KENAL ALLAH

Ada lelaki berkata,
Setia menanti pada yang Esa,
sambil merasa cinta seorang manusia,
bersama penantian manusia,
tertakluk pada dua,
antara berhasil ataupun sia-sia..

Maka ini jawapan saya,
Meletakkan keutamaan untuk menyimpan rasa,
tanpa kita tahu akhir penantian yang bagaimana,
sujud kita pada yang ESA,
menginginkan seseorang yang bertaqwa dan berakhlaq mulia,
tanpa kita tahu siapa gerangannya,
hati empunya rasa,
mengharapkan bersamanya usaha,
usaha diri untuk menjadi soleh dan solehah,
sungguh ianya mengundang resah..

Maka penantian bersama ALLAH itu adalah utama,
mengisi fitrah itu juga utama,
dalam mengenal akar penciptaan kehidupan dunia,
tiada yang kekal selainNYA,
lelaki dicipta untuk wanita,
begitu juga sebaliknya..

Ada manusia mengisi dunia,
ada haiwan menambah serinya,
ada kehijauan menguat keindahannya,
sesungguhnya manusia itu zalim dan bodoh asal kejadiannya,
tapi dengan ilmu tinggi darjatnya,
yang terisi dengan iman dan taqwa,
yang pengakhirannya adalah bersama yang ESA..

Pilihan kita mencorakkan kita dimasa hadapan,
susah senang itulah ujian,
ujian dunia sebagai cabaran,
untuk akhirat yang kekal sebuah kehidupan,
AYUH!!! melangkah dalam membentuk masa depan,
dengan perbaiki diri dan tanamkan kesetiaan,
demi menjaga maruah islam dan peradaban,
copy nukilan ada keizinan,
 ilham ALLAH untuk kebaikan..

20111219

Tika mereka menyakitimu




Bersyukurlah masih ada yang bersama denganmu,
bersyukurlah masih ada yang menemanimu
walau bukan menjadi teman untuk kau ke sana dan ke mari,
bersyukurlah mereka masih ada didepan matamu..
walau mereka tidak menghiraukan kehadiranmu
walau mereka menggunakan kau disaat yang perlu,
biarkan masa yang mengubati hatimu...

mungkinkah itu cuma perasaan yang bertandang?
kan syaitan selalu membisikkan kejahatan?
mungkin itu cuma andaian buruk agar kau menentang?
kan syaitan suka memporak perandakan?

aku ingin ada mereka yang mengisi kekosongan,
 mungkin aku ditakdirkan untuk bersendirian,
jauh dari seseorang yang bernama teman,
bukan mengharapkan yang lelaki untuk meneman,
tapi cukup ada seorang yang boleh berkongsi suka dan duka perasaan..

aku selalu menerima kekecewaan,
bukan hanya satu pengalaman,
tapi lebih dari jangkaan,
apa memang ditakdirkan sedemikian?

dulu,
aku punya teman,
namun kini aku keseorangan,
tidak mahu mencari lelaki sebagai tempat aduan,
tiada istilah kawan bersama lelaki yang bertebaran..

jika aku mahu,
aku boleh mencari sesiapa yang sudi untukku,
hati mengatakan ada,
namun ilmu mengatasi segala-galanya,
aku tahu batasan menjaga diri,
agar tidak terjebak ke landasan merosakkan hati..

hatiku ingin kuisi untuk ilahi,
amalku ingin ku lakukan kerana ilahi,
diriku ingin kuserah pada ilahi..

Ya ALLAH pimpinlah hati ini..
 moga ketenangan dapat terisi..

20111217

Kerana ukhuwwah yang terbina


WE ARE UNITED ALONG THIS WAY

Aku dapat lihat suasana itu,
inilah dikatakan tautan hatiku,
tenang melihat keadaan yang berlaku,
menang atau kalah bukanlah menjadi teraju,
tetapi kefahaman dalam menghayati nafas ukhuwwah saudaramu...

Lelaki dan wanita,
bergandingan dalam mencapai matlamat utama,
walau tidak berbicara dengan mesra,
dengan batasan syariatNya,
bukan dengan bertepuk tampar bersama,
tapi dengan kefahaman akhlaq islam itulah caranya.

Pengertian cuba diselami,
walau terkadang keliru dengan perancangan ilahi,
cuba dengan mengikut acuan islami,
andai silap diri sendiri,
istighfar itu perlu dihayati,
bukan hanya dibibir ianya disebuti,
penjamkan mata sambil kau hayati dengan hati..

UHIBBUKUM FILLAH
17 Disember 2011  ||  22 Muharram 1433H

20111216

Semua punya rasa cinta



Ingin bercerita soal cinta?
namun segan untuk bercerita?
walhal tidak punya sesiapa,
hatta kepunyaan si dia,
apa ada yang menanti dalam diam bicara?
bukankah ALLAH telah tetapkan jodoh kita?
namun masih belum berjumpa dengannya..
siapakah gerangan yang boleh mengisi perasaan di jiwa?
aduh! itulah jiwa yang berbicara..

Bila si Hati berbahasa,
"Cinta ini hanya untuk si dia,
jagalah diri agar berhak untuk kekasih halal setia,
namun belum ada yang sudi mengisinya"

Bila si Hati memujuk jiwa,
Mengertilah,
ALLAH sedang memaksudkan,
"Duhai hambaku,
kau sudah ku tetapkan di lauh mahfuz
bakal dimiliki oleh si dia,
cuma bersabarlah dalam mendidik diri,
agar kau bisa membentuk keluarga mithali.."

Usaha selagi mampu



Terlalu banyak yang difikirkan,
semuanya tidak tersusun,
tindakan diperlukan untuk diselesaikan..
namun
tidak tahu dimana kena mulakan..

mereka membahagiakan,
kadang-kadang aku perlu menjaga diri,
terlalu terbuka akan menjadikan diri binasa dan,
islam itu berlandaskan panduan syar'ie,
kita perlu untuk ikut
jika tidak,
kita bakal mencacatkan ISLAM...


Luang masa sekejap

HAKIKAT YG BERLAKU DI MALAYSIA

Terbaca berita tentang berita bertajuk : 4 tahun habuan mat rempit..
[BATU PAHAT: “Sejak kecil saya tidak pernah diberikan didikan agama oleh keluarga, 
malah sejadah di rumah kami boleh dianggap barang hiasan saja,” 
kata seorang remaja dikenali sebagai Lisa, 19, 
yang kini menjadi sebahagian daripada kumpulan perempuan 
yang menjadi habuan Mat Rempit dan 
terbabit dengan gejala sosial itu sejak berusia 15 tahun.]
 
TRANSFORMASI??!!

bila melayu hilang agama,
hanya mampu kukirim do'a,
tindakan membantu bukan tiada,
tengah berusaha mencari penyelesaiannya,

pemimpin Malaysia, dia dimana?
tertanya-tanya apa tindakannya?
Apa tidak menghirau jenayah yang melanda negara?
Puas hati berbaik sangka,
namun hati tetap musykil apa tindakan Menteri Perdana..

cahaya hati milik ilahi,
tanpa sempadan ALLAH memberi,
ilmu wadah kepada ilahi,
pasti terbuka jika dicari...

Ilmu agama perlu diketahui,
agar tahu yang mana disetujui,
bukan 'setuju' manusia tapi ilahi,
agar redha sentiada mengiringi...

20111215

Banyakla RINDU hang!!!


OMBAK MUKRA ALLAH

Dari novel kepada cerita,
lakonan si Islam untuk dunia,
bukan tidak percaya akhirat sengsara,
tetapi sebab jahil agama...

Lakonan dunia semata-mata,
mendedah aurat tidak terkata,
menghayati watak bukan caranya,
kembalilah kita dengan ajaranNYA..

Ada Muslim tiada islamnya,
Tiada Muslim tapi banyak islamnya
Ombak rindu jauh islamnya,
Layan Kung Fu Panda aaaada baiknya...^^,


20111213

Cinta kita makin bersemi



Cinta manusia cinta ilahi,
mana satu akan didahului,
kalau cinta ikhlas dihati,
ujian dunia sanggup diredahi..

Dia perempuan aku lelaki,
ada perasaan ada hati,
after pandang turun ke hati,
jaga mata,kawal hati 
jangan lupa didik diri..


20111212

Cinta indah,Ilham hati


Cinta bukan sebarang cinta,
cinta lahir dari hati,
kata bukan sebarang kata,
lahir dari ilham hati...

baik-baik budi bicara,
lagi baik berakhlaq mulia,
bukan akhlaq sebarang cara,
hakikat indah dari pencipta...

sepertimana ALLAH bersabda,
telah ada pada Rasulullah
suri teladan yang baik bagi kita
bagi orang yang mengharap rahmat Allah
dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah.

[al-ahzab-21]

20111210

The new beginning session


Ramai-ramai orang berblog,
menjadi rutin dimasa kini,
dulu-dulu hanya bermonolog,
namun bukan dizaman ini..

satu-satu sayang ALLAH,
dua-dua sayang RASULULLAH,
satu dua jangan berbalah,
berlapang dada sama beralah..

Pantun ini buat kamu,
salam dihulur bukan hello,
terima kasih kunjungan kamu,
jangan pula lupa follow..
heheheh

--INNERPEACE--